"Ibadahku, Hidup Dan Matiku Kerana ALLAH"
COGANKATA TADIKA HIKMAH MIRI
"Ke Arah Pembangunan Insan Yang Cemerlang Dan Soleh"
VISI TADIKA
"Menjana Kecemerlangan Pendidikan Pra Sekolah Melalui Pengurusan Ynag Cekap, Amanah dan Taqwa"
MISI TADIKA
Meningkat Dan Memantapkan
Prestasi Pengurusan Khususnya
Dari segi pencapaian akademik
Membentuk budaya kerja
Yang sistematik berpaksikan
"Ibadahku, Hidup Dan Matiku Kerana ALLAH"
Mengembleng dan menggerakkan Ibu bapa
Ke arah membina dan mewujudkan
Insan yang berakhlak mulia
BANGUNAN TADIKA BINA HIKMAH MIRI
MATLAMAT VISI
Menjana kecemerlangan pendidikan Tadika melalui pengurusan yang Cekap, Amanah dan Taqwa.
TUJUAN MISI
1. Meningkat dan memantapkan prestasi pengurusan khususnya dari segi pencapaian akademik.
2. Membentuk budaya kerja yang sistematik berpaksikan "Ibadahku, Hidup Dan Matiku Kerana Allah".
3. Mengembleng dan menggerakkan ibu bapa ke arah membina dan mewujudkan insan yang berakhlak
mulia.
SEJARAH RINGKAS
Tadika BINA MIRI yang sekarang dikenali sebagai Tadika BINA HIKMAH Miri ditubuhkan dalam tahun 1981 atas permintaan ibu bapa ketika itu oleh Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) Cawangan Miri, yang sekarang dikenali sebagai Harakah Islamiah (HIKMAH).
Tadika BINA HIKMAH Miri mula beroperasi pada 05 Januari 1982 hingga 31 Julai 2003 di Bangunan Madrasatus Syibian (Bekas Sekolah Melayu Anchi) di Jalan Permaisuri, Miri dengan harapan agar anak-anak Islam yang ketandusan pendidikan Islam akan dapat diberi bimbingan asas-asas Agama Islam.
Bermula dari 01 Ogos 2003, tadika ini telah beroperasi di Bangunan Pusat Khidmat HIKMAH ( PKH ) iaitu bangunan sendiri yang terletak di Lot 1801, Krokop Lorong 9, Jalan Persatuan, Off Jalan Jee Foh, Miri. Bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YDP HIKMAH Tan Sri Datuk Amar Hj. Bujang bin Noor pada 15 Oktober 2002.
KELAS-KELAS TADIKA


